Sebelum penyediaan folio ini, saya tidak berapa mengenali tentang Warisan Kesenian Malaysia. Saya tidak tahu bahawa terdapat banyak warisan kesenian di negara kita dan kepentingannya. Saya tidak tahu bahawa terdapat banyak langkah serta cara untuk memperkenalkan dan mengekalkan Warisan Kesenian.
Selepas penyediaan folio, banyak maklumat yang saya pelajari. Saya mengetahui bahawa terdapat banyak Warisan Kesenian di negara kita serta pengenalannya. Selain itu, kepentingan, pengekalan dan pengenalan Warisan Kesenian yang perlu dititikberatkan oleh semua orang agar Warisan Kesenian Malaysia akan berkekalan.
Hairspray 2007
Sunday, October 12, 2008
Refleksi
Posted by Khalisah at 6:41 AM 0 comments
Mengekalkan Warisan Kesenian
Nyatakan 4 cara mengekalkan warisan kesenian
Kuat Kuasa Undang- undang
Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini, beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undang- undang tersebut.
Pendokumentasian
Usaha pendokumentasian bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio, visual dan penulisan buku. Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.
Pendidikan
Banyak bidang kesenian diajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Para pelajar diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara institusi tersebut ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf Negara.
Mengadakan Kursus Kesenian
Dengan mengadakan kursus kesenian dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari warisan kesenian yang terdapat di negara ini. Dengan ini, ia dapar menyebarkan kepada orang ramai dan ia boleh mengekalkan warisan kesenian.
Posted by Khalisah at 3:48 AM 0 comments
Thursday, October 9, 2008
Memperkenalkan Warisan Kesenian
Nyatakan 5 langkah memperkenalkan warisan kesenian
Pertandingan Aktiviti Kesenian
Penganjuran pertandingan aktiviti kesenian dapat memupuk minat generasi muda terhadap warisan kesenian. Contohnya pertandingan tarian singa, tarian kuda kepang, seni kraf dan seni mempertahankan diri.
Pameran Kesenian
Pameran kesenian diadakan di dalam dan di luar negara. Pameran ini membolehkan orang ramai mengenali warisan kesenian tersebut.
Persembahan Kesenian Persembahan kesenian membolehkan masyarakat mengenali, mempelajari dan menghayati pelbagai warisan kesenian negara. Contohnya persembahan drama dan teater. Selain itu, perarakan Citrawarna Malaysia menonjolkan kesenian muzik dan tarian.
Kursus Kesenian Kursus kesenian diadakan untuk memupuk minat generasi muda mendalami pengetahuan dalam bidang seni. Contohnya kursus seni tari, seni drama, seni kraf dan seni mempertahankan diri. Kursus tersebut dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi, institusi kebudayaan daerah dan negeri.
Media Massa Media massa seperti televisyen dan akhbar menyiarkan dokumentari, pertandingan dan persembahan warisan kesenian. Oleh itu, masyarakat akan dapat mengetahui dan mengenali bidang kesenian tersebut.
Posted by Khalisah at 3:30 AM 0 comments
Kepentingan Warisan Kesenian
Nyatakan 3 kepentingan warisan kesenian
Perpaduan Kaum
Peluang Kerjaya
Bidang kesenian menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat. Contohnya sebagai ahli muzik, pelakon, pereka seni kraf, kareografer dan jurulatih seni mempertahankan diri.
Industri Pelancongan
Kepelbagaian dan keunikan warisan kesenian menarik pelancong tempatan dan luar negara. Contohnya kesenian seni kraf seperti batik, ukiran kayu, labu sayong, anyaman dan songket. Pelancong juga tertarik dengan kesenian seperti makyung, wayang kulit, dikir barat dan ulik mayang. Hasil jualan barangan seni kraf dan bayaran persembahan seni tari memberikan pulangan pendapatan kepada para penggiat seni.
Posted by Khalisah at 3:24 AM 0 comments
Permainan Batu Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Permainan Batu Seremban ini dapat mengajar kita supaya peka dan memberi perhatian.
Posted by Khalisah at 3:15 AM 0 comments
Permainan Gasing
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. Terdapat banyak jenis gasing yang sering diminati oleh kaum Melayu. Antaranya gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing Melayu dan lain- lain. Gasing diperbuat daripada bermacam jenis kayu merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Untuk memusingkan gasing, tali dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Posted by Khalisah at 3:04 AM 0 comments
Permainan Congkak
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.
Posted by Khalisah at 2:44 AM 0 comments
Tuesday, October 7, 2008
Senarai Warisan Kesenian
Pilih salah satu daripada warisan kesenian negara kita:
Permainan tradisional
Berikan penerangan tentang bidang tersebut:
Pendahuluan
Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Terdapat banyak permainan yang menarik dan ada di antara permainan tersebut tidak dimainkan lagi tetapi masih diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita. Namun begitu, masih ada segelintir permainan tradisional yang masih dimainkan oleh generasi muda pada zaman ini.
Contoh- contoh permainan tradisional :
1. Galah panjang
2. Congkak
3. Gasing
4. Ketingting
5. Batu Seremban
Posted by Khalisah at 9:03 PM 0 comments
Isi Kandungan
1. Senarai Warisan Kesenian
2. Kepentingan Warisan Kesenian
3. Memperkenalkan Warisan Kesenian
4. Mengekalkan Warisan Kesenian
5. Refleksi
Posted by Khalisah at 9:00 PM 0 comments
Muka Depan
Tajuk : Warisan Kesenian Malaysia
Nama : Siti NurKhalisah Bt. Mohd. Zakri
Kelas : 6 Cemerlang
Nama Guru : Puan Ng Bee Ling
Posted by Khalisah at 8:49 PM 0 comments
