Nyatakan 5 langkah memperkenalkan warisan kesenian
Pertandingan Aktiviti Kesenian
Penganjuran pertandingan aktiviti kesenian dapat memupuk minat generasi muda terhadap warisan kesenian. Contohnya pertandingan tarian singa, tarian kuda kepang, seni kraf dan seni mempertahankan diri.
Pameran Kesenian
Pameran kesenian diadakan di dalam dan di luar negara. Pameran ini membolehkan orang ramai mengenali warisan kesenian tersebut.
Persembahan Kesenian Persembahan kesenian membolehkan masyarakat mengenali, mempelajari dan menghayati pelbagai warisan kesenian negara. Contohnya persembahan drama dan teater. Selain itu, perarakan Citrawarna Malaysia menonjolkan kesenian muzik dan tarian.
Kursus Kesenian Kursus kesenian diadakan untuk memupuk minat generasi muda mendalami pengetahuan dalam bidang seni. Contohnya kursus seni tari, seni drama, seni kraf dan seni mempertahankan diri. Kursus tersebut dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi, institusi kebudayaan daerah dan negeri.
Media Massa Media massa seperti televisyen dan akhbar menyiarkan dokumentari, pertandingan dan persembahan warisan kesenian. Oleh itu, masyarakat akan dapat mengetahui dan mengenali bidang kesenian tersebut.
0 comments:
Post a Comment